Bila sebut holiday dekat Thailand, biasanya beberapa nama yang sama akan terus terlintas dalam kepala. Hat Yai untuk makan dan shopping. Krabi kalau nak pantai. Phuket untuk island getaway. Bangkok pula kalau nak macam-macam dalam satu trip. Semua tempat ni memang popular dengan sebabnya tersendiri. Tapi Thailand sebenarnya jauh lebih besar daripada tempat-tempat yang selalu muncul dekat TikTok dan Instagram kita. Bila korang mula keluar daripada route pelancongan biasa, ada banyak tempat menarik yang boleh dijumpai. Pekan kecil tepi tasik, kawasan pergunungan, taman negara dan bandar yang suasananya jauh lebih tenang daripada destinasi popular. Ada yang sebenarnya tak jauh pun dari Malaysia, jadi memang sesuai kalau korang tengah plan road trip ke Thailand. Kalau Hat Yai dah pergi sampai tak tahu nak makan apa lagi, mungkin dah tiba masa untuk drive sedikit lebih jauh.
1. Phatthalung
Ramai rakyat Malaysia sebenarnya lalu Phatthalung tanpa sedar ada banyak benda menarik dekat sini. Terletak di utara Hat Yai, Phatthalung sesuai untuk korang yang nak cari nature tanpa perlu drive terlalu jauh ke dalam Thailand. Suasananya jauh lebih tenang berbanding destinasi pelancongan besar. Dekat sini, shopping mall dan nightlife digantikan dengan gunung, kawasan wetland, kampung dan pemandangan luas yang memang sesuai kalau nak lari sekejap daripada kesibukan bandar. Antara tempat menarik di kawasan ini ialah Thale Noi, kawasan wetland air tawar yang terkenal dengan bunga teratai dan pelbagai jenis burung. Waktu pagi memang antara masa paling cantik untuk datang. Naik bot atas tasik ketika suasana masih tenang dan matahari baru nak naik memang pengalaman yang lain daripada trip shopping biasa di Thailand. Phatthalung bukan tempat yang korang datang dengan itinerary penuh dari pagi sampai malam. Korang datang untuk slow down. Dan bila fikir balik lokasinya yang tak terlalu jauh dari Malaysia, agak pelik juga kenapa lebih ramai Malaysian road-trippers tak singgah sini.
2. Khanom
Thailand memang tak pernah kekurangan pantai cantik. Nak cari pantai cantik yang tak terlalu sesak pula, itu cerita lain. Dekat sinilah Khanom menarik. Terletak di wilayah Nakhon Si Thammarat, Khanom merupakan kawasan pantai yang lebih tenang dengan pantai panjang, pokok kelapa dan suasana yang jauh berbeza daripada kawasan pelancongan sibuk seperti Phuket. Khanom juga terkenal dengan pink dolphins yang kadang-kadang boleh dilihat ketika mengikuti boat trip di sekitar pesisir pantai. Tapi kalau tak nampak dolphin sekalipun, tempat ni masih berbaloi untuk dikunjungi. Pagi boleh santai dekat pantai, tengah hari cari kedai local untuk makan dan petang tengok sunset tanpa rasa macam kena rushing ke attraction seterusnya. Kalau idea holiday korang adalah buat kurang benda dan relax lebih banyak, Khanom memang patut masuk dalam list.
3. Betong
Betong sebenarnya bukanlah langsung tak dikenali rakyat Malaysia, terutamanya untuk mereka yang tinggal di negeri utara. Tapi kalau dibandingkan dengan Hat Yai, tempat ni masih kurang mendapat perhatian. Terletak di wilayah Yala berhampiran sempadan Malaysia, Betong dikelilingi kawasan berbukit dan mempunyai suasana yang lebih hijau dan nyaman. Perjalanan ke Betong itu sendiri pun dah menjadi salah satu sebab untuk datang. Jalan berliku melalui kawasan berbukit memberikan pengalaman yang sangat berbeza daripada drive melalui highway menuju ke Hat Yai. Bila dah sampai, ada makanan local, cafe, viewpoint dan beberapa tempat menarik di sekitar bandar untuk diterokai. Betong sesuai kalau korang nak short road trip masuk Thailand tapi dalam masa yang sama rasa macam, “Hat Yai lagi?” Kadang-kadang tukar route je dah cukup untuk buat Thailand terasa macam destinasi baru.
4. Trang
Ramai orang yang tahu tentang Trang biasanya mengenalinya sebagai tempat untuk sambung perjalanan ke pulau seperti Koh Mook, Koh Kradan dan Koh Ngai. Tapi Trang sendiri sebenarnya berbaloi untuk diterokai. Bandar ni terkenal dengan budaya makanan local dan suasananya jauh lebih santai daripada bandar pelancongan Thailand yang lebih besar. Breakfast di Trang pun terkenal. Kalau korang jenis suka makan, pagi dekat sini boleh bertukar menjadi sesi food hunting sebelum sightseeing pun sempat bermula. Di luar bandar pula, wilayah Trang mempunyai pantai, gua, air terjun dan akses ke beberapa pulau yang memang cantik. Sebab itulah Trang sesuai sangat untuk road trip. Tak perlu pilih antara holiday bandar atau holiday pulau. Explore Trang dulu, kemudian drive ke kawasan pantai dan sambung perjalanan dari sana. Dan sebab ramai pelancong biasanya terus menuju ke Krabi atau Phuket, Trang masih boleh bagi perasaan macam korang baru discover tempat baru.
5. Songkhla Old Town
Yang ni mungkin agak surprising sebab Songkhla bukannya jauh sangat pun dari Hat Yai. Tapi ramai rakyat Malaysia dah pergi Hat Yai berkali-kali tanpa betul-betul explore Songkhla. Songkhla Old Town mempunyai bangunan warisan berwarna-warni, street art, kedai tradisional, cafe dan lorong-lorong kecil yang lebih seronok diterokai tanpa rushing. Walaupun lokasinya dekat dengan Hat Yai, suasananya memang berbeza. Lepas jalan sekitar old town waktu pagi, korang boleh cari lunch local dan sambung petang dekat Samila Beach. Songkhla membuktikan yang korang sebenarnya tak perlu drive beratus kilometer jauh ke dalam Thailand semata-mata nak jumpa tempat baru. Kadang-kadang tempat yang kita terlepas pandang selama ni sebenarnya duduk sebelah destinasi yang kita selalu pergi.
Lagi jauh korang plan nak drive, lagi penting untuk pastikan benda-benda utama dah settle sebelum keluar dari Malaysia. Pastikan passport dan dokumen kenderaan dah ready, semak syarat kemasukan Thailand yang terkini dan siapkan insurans kenderaan Thailand sebelum sampai ke border. Dengan Drive2Thai, korang boleh dapatkan insurans kenderaan Thailand secara online sebelum trip. Pilih perlindungan yang sesuai dengan perjalanan, isi maklumat dan polisi akan diterima secara digital. Borang TM2 dan TM3 turut disediakan, jadi lebih mudah untuk korang siapkan dokumen penting kenderaan sebelum bertolak. Bila semua paperwork dah settle, tinggal satu soalan je. Kali ni korang nak drive sejauh mana masuk Thailand?
