Kadang-kadang benda paling best masa road trip Thailand bukan tempat yang korang nak pergi. Tapi cafe random yang korang jumpa tengah jalan. Jenis cafe yang kena keluar sikit daripada main road, drive lagi 10 minit dan tiba-tiba sampai dekat tempat yang menghadap sawah, tasik atau gunung. Plan asal nak minum kopi 20 minit je. Sekali sejam duduk situ. Dekat selatan Thailand sebenarnya banyak tempat macam ni. Lagi-lagi kalau korang drive sendiri dari Malaysia, memang lebih senang nak explore cafe yang terletak jauh sedikit daripada kawasan tourist biasa. Jadi untuk next road trip, mungkin jangan save tempat makan je. Cafe-cafe ni pun boleh masuk dalam list.
1. HLNG – Phatthalung
Kalau korang selalu drive jauh masuk Thailand, Phatthalung memang antara tempat yang patut mula explore. HLNG terletak di kawasan Khuan Khanun, Phatthalung dan boleh dijadikan salah satu pit stop bila korang explore kawasan ni. Phatthalung sendiri memang sesuai untuk slow road trip. Ada sawah, gunung, tasik dan suasana yang jauh lebih tenang daripada bandar pelancongan besar.Malah banyak cafe sekitar Phatthalung menggunakan pemandangan semula jadi seperti sawah, Khao Ok Thalu dan Songkhla Lake sebagai sebahagian daripada tarikan mereka. Jadi daripada rushing nak sampai destinasi seterusnya, berhenti kejap. Minum kopi. Relax. Sambung drive bila dah ready.
2. Khanam Rim Le – Phatthalung
Kalau korang prefer minum kopi sambil tengok tasik daripada duduk dalam shopping mall, cuba explore kawasan Lampam. Khanam Rim Le atau Khanam Coffee Lampam terletak berhampiran Songkhla Lake dan mempunyai laluan kayu yang menghala ke kawasan air. Cafe macam ni memang sesuai dijadikan pit stop masa road trip. Bukan sebab korang sanggup drive berjam-jam semata-mata untuk secawan kopi. Tapi sebab tempat tu sendiri menjadi sebahagian daripada perjalanan. Duduk kejap, enjoy view, makan sesuatu dan sambung perjalanan. Simple.
3. Comeback @ Baan Khun Luang – Songkhla Old Town
Kalau selama ni trip Thailand korang asyik berhenti dekat Hat Yai, cuba tambah Songkhla dalam route. Especially kalau korang suka cafe. Comeback @ Baan Khun Luang terletak di Nakhonnai Road dalam kawasan Songkhla Old Town. Apa yang menarik tentang cafe hopping dekat sini bukan kopi semata-mata. Bangunan dia pun ada character. Sekitar Nang Ngam, Nakhon Nok dan Nakhon Nai Road, banyak bangunan kedai lama telah dijadikan cafe sambil mengekalkan suasana old town kawasan tersebut. Parking kereta, jalan kaki dan explore. Tahu-tahu setengah hari dah habis dekat Songkhla.
4. The Rally Coffee – Songkhla Old Town
Satu lagi cafe yang boleh korang save ialah The Rally Coffee - Old town. Best part tentang Songkhla Old Town ialah korang tak perlu plan itinerary terlalu complicated. Drive ke Songkhla, parking dan explore kawasan old town dengan berjalan kaki. Minum kopi, cari street art, tengok bangunan lama dan cari lunch dekat kedai local.Jalan utama kawasan old town pun agak dekat antara satu sama lain, jadi korang boleh parking sekali dan explore dengan berjalan kaki. Kalau sebelum ni weekend Thailand korang cuma Hat Yai, tambah Songkhla pun dah cukup untuk bagi trip tu feel yang lain.
5. Khanom Espresso – Khanom
Yang ni kena drive jauh sikit. Khanom Espresso terletak di Khanom dalam wilayah Nakhon Si Thammarat.Khanom sendiri memang best untuk diterokai dengan kereta sebab kawasan ni lebih tenang dan banyak tempat tersebar di sekitar kawasan pantai. Pagi boleh pergi beach. Tengah hari cari makan. Petang singgah cafe. Lepas tu sambung drive cari sunset. Cafe tak semestinya kena menjadi main destination. Kadang-kadang ia cuma salah satu stop yang buat satu hari road trip tu lagi best.
Satu benda kena ingat kalau korang plan nak drive jauh semata-mata untuk cafe: check dulu waktu operasi terkini. Cafe kecil dan independent kadang-kadang boleh tukar waktu operasi atau tutup pada hari tertentu. Dan sebelum bawa kereta Malaysia masuk Thailand, settlekan juga dokumen penting untuk perjalanan. Dengan Drive2Thai, korang boleh dapatkan insurans kenderaan Thailand secara online sebelum sampai ke border. Pilih perlindungan yang sesuai, isi maklumat dan polisi akan diterima secara digital. Borang TM2 dan TM3 turut disediakan, jadi lebih senang untuk siapkan dokumen penting kenderaan sebelum bertolak. Lepas semua dah settle, save cafe dalam map, isi minyak dan gerak. Sebab kadang-kadang, secawan kopi pun dah cukup untuk jadi alasan pergi road trip.
