Wang Kelian ialah sempadan darat yang cantik dan agak tenang antara Malaysia dan Thailand, terletak di Perlis dan popular dalam kalangan pelancong yang menuju ke Satun. Laluan ini memang digemari oleh mereka yang nak elak kesesakan, terutamanya jika dibandingkan dengan sempadan besar seperti Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar.
Kalau korang bercadang untuk memandu sendiri ke Thailand melalui Wang Kelian, di bawah ini ada empat langkah ringkas untuk panduan korang daripada lokasi sempadan dan waktu operasi, sehinggalah urusan imigresen.
Ringkasan Sempadan
- Lokasi: Wang kelian, Perlis, Malaysia
- Waktu Operasi: 6.00AM – 7.00PM
- Wilayah Thailand: Satun Province (Entering via Wang Prachan / Khuan Don District)
Waktu Puncak
Wang Kelian biasanya kurang sesak berbanding sempadan utama, namun trafik boleh meningkat ketika:
- Jumaat petang
- Sabtu pagi
- Cuti sekolah
- Cuti umum
Tip: Masuk awal pagi (6:00–8:00 pagi) untuk pelepasan paling cepat. Lewat petang biasanya lebih perlahan.
LANGKAH 1: Imigresen Malaysia
- Beratur di lorong “Cars to Thailand”
- Pandu ke kaunter imigresen
- Serahkan pasport pemandu dan semua penumpang untuk cop keluar
- Teruskan pemanduan ke pemeriksaan Thailand
Nota: Biasanya proses ini cepat kecuali ketika waktu puncak.
LANGKAH 2: Imigresen Thailand
- Parkir kenderaan di kawasan yang disediakan
- Pemandu dan penumpang perlu turun dari kenderaan
- Untuk penumpang, beratur di kaunter imigresen penumpang dan sediakan:
- Pasport
- Salinan TDAC (Thailand Digital Arrival Card)
Hantar TDAC lebih awal di:https://tdac.immigration.go.th
- Untuk pemandu, pemandu perlu beratur di kaunter deklarasi pemandu (bersebelahan kaunter penumpang) dan sediakan:
- Pasport
- Borang TM2 – Maklumat kenderaan
- Borang TM3 – Permit sementara kenderaan
Caj Lebih Masa (akan dikenakan selepas 5.00 petang & semasa cuti umum)
|
Kereta / MPV / Van |
Pemandi: 25 THB (≈ RM3+) |
Penumpang: 5 THB (≈ RM0.60+) |
|
Motorsikal |
Penunggang: 10 THB (≈ RM1.30) |
Pembonceng: 3 THB (≈ RM0.40+) |
LANGKAH 3: Kastam Thailand – Pengisytiharan Kenderaan
- Selepas pasport dicop, pergi ke kaunter kastam atau imigresen terdekat untuk ambil dan isi borang pengisytiharan kenderaan.
- Geran kenderaan asal
- Pasport
- Salinan insurans kenderaan Thailand (CI / VI)
- Borang TM2
- Borang TM3
Dokumen Tambahan (Jika Berkaitan)
Jika kenderaan bukan atas nama sendiri:
- Surat kebenaran
- Salinan IC pemilik kenderaan
Jika kenderaan syarikat:
- Surat kebenaran syarikat (kepala surat)
- Dokumen SSM halaman 9, 24 & 49
LANGKAH 4 (LANGKAH TERAKHIR): Pelepasan Kastam
- Tunjukkan borang pengisytiharan yang telah diluluskan kepada pegawai kastam
- Pegawai mungkin akan semak nombor plat kenderaan
- Setelah selesai, korang boleh terus memandu masuk ke Satun
Wang Kelian memang sesuai untuk korang yang nak laluan tenang dan kurang sesak. Tapi macam biasa, perancangan awal memang penting. Dengan Drive2Thai, korang boleh dapatkan insurans kenderaan Thailand (CI / VI) serta borang TM2 & TM3 secara online dan terus dihantar ke email jadi korang dah siap sebelum sampai di sempadan. Sebelum mulakan road trip ke Thailand dari Malaysia, jangan lupa semak dulu waktu operasi sempadan.
