Kalau korang plan nak drive masuk Thailand dari Malaysia, mesti pernah nampak dua istilah ni — CI dan VI. Sekali pandang, nampak macam cuma dua jenis pakej insurans je. Tapi sebenarnya, fungsi dia memang berbeza, lagi-lagi bila melibatkan perjalanan lintas sempadan. Faham betul-beza antara CI (Compulsory Insurance) dan VI (Voluntary Insurance) boleh selamatkan korang daripada risiko kewangan besar kalau jadi apa-apa di jalan raya Thailand. Jom kita explain dengan cara paling simple.
Apa Itu CI (Compulsory Insurance)?
CI, atau Compulsory Insurance, memang wajib ada. Di bawah undang-undang Thailand (Motor Vehicle Accident Victims Act 1992), semua kenderaan asing yang masuk Thailand mesti ada insurans ni. Kalau tak ada, korang boleh:
- Kena denda sehingga THB 10,000
- Atau terus tak lepas masuk border
Tapi ramai orang tak sedar satu benda penting. CI ni sangat basic.
Ia lebih kepada cover kos perubatan pihak ketiga kalau berlaku kemalangan. Maksudnya:
- Tak cover kereta korang
- Tak cover kerosakan harta benda
- Tak cover korang dan penumpang secara menyeluruh
- Tak ada perlindungan bail
Contoh coverage CI:
- Kos perubatan (pihak ketiga): sehingga ~30,000 THB seorang
- Pampasan kecederaan (pihak ketiga): sehingga ~80,000 THB seorang
Senang cerita, CI ni macam “tiket masuk Thailand” — cukup untuk lepas border, tapi perlindungan dia sangat terhad.
Apa Itu VI (Voluntary Insurance)?
VI, atau Voluntary Insurance, memang optional — tapi inilah perlindungan sebenar. VI direka untuk lindungi korang, penumpang, dan risiko kewangan kalau berlaku kemalangan. Berbanding CI, VI bagi coverage yang jauh lebih luas, termasuk:
- Coverage perubatan yang lebih tinggi
- Personal accident untuk driver & penumpang
- Kerosakan harta benda
- Bail bond (ni penting kalau ada kes melibatkan polis)
Contoh coverage CI + VI:
- Kos perubatan: sehingga ~50,000 THB seorang
- Pampasan kecederaan: sehingga ~500,000 THB seorang
- Kerosakan harta benda: sehingga ~800,000 THB
- Personal accident: sehingga ~100,000 THB seorang
- Bail bond: sehingga ~200,000 THB
Sebab tu ramai driver berpengalaman anggap VI sebagai “payung sebenar” bila drive di Thailand.
CI vs VI: Apa Beza Sebenarnya?
Cara paling mudah nak faham:
| Ciri | CI (Compulsory Insurance) | VI (Voluntary Insurance) |
|---|---|---|
| Wajib | Ya | Tak wajib |
| Untuk masuk border | Ya | Optional |
| Cover kecederaan pihak ketiga | Ada | Ada (lebih tinggi) |
| Cover kereta sendiri | Tak ada | Terhad (ikut pelan) |
| Cover penumpang | Sangat terhad | Ada |
| Kerosakan harta benda | Tak ada | Ada |
| Bail support | Tak ada | Ada |
Kenapa CI Sahaja Tak Cukup?
Ramai pemandu Malaysia fikir bila dah ada CI, dah cukup selamat. Ini sebenarnya antara kesilapan paling common. Bayangkan situasi ni:
- Korang terlibat kemalangan di Thailand
- Ada pihak ketiga cedera
- Ada kerosakan kenderaan
- Polis terlibat
Dengan CI sahaja, coverage memang sangat limited. Kos tambahan — rawatan, repair, atau hal berkaitan undang-undang — kemungkinan besar korang kena tanggung sendiri. Dan di Thailand, kos ni boleh jadi sangat tinggi. Sebab tu bergantung pada CI sahaja memang berisiko.
Bila Perlu Ambil VI?
VI sangat digalakkan kalau:
- Korang travel dengan family atau ada penumpang
- Plan drive jauh (contoh: Hat Yai, Krabi atau lebih jauh)
- Nak perjalanan lebih tenang tanpa risau
- Nak lindungi diri daripada kos besar
Untuk kebanyakan orang, tambah sedikit kos untuk VI memang sangat berbaloi.
Drive ke Thailand memang best makanan sedap, tempat cantik, dan pengalaman road trip yang lain macam.
Tapi sebelum masuk border, penting untuk korang tahu apa sebenarnya yang dilindungi.
CI bagi korang lepas masuk Thailand.
VI yang betul-betul lindungi korang sepanjang perjalanan.
Kalau nak perjalanan lebih smooth tanpa stress, better prepare awal. Dengan Drive2Thai, korang boleh settle insurans kenderaan Thailand secara online dalam masa 5–10 minit — termasuk CI dan VI, semua dalam satu tempat. Tak perlu beratur panjang, tak perlu last minute rush. Settle awal, lepas tu fokus enjoy trip korang.
