Rantau Panjang merupakan salah satu sempadan darat yang popular antara Malaysia dan Thailand dari Kelantan, terutamanya untuk pelancong yang menuju ke Narathiwat dan selatan Thailand. Kawasan ini memang terkenal dengan aktiviti shopping rentas sempadan, sebab itu trafik di sini selalunya agak sibuk.
Namun, kalau korang bercadang untuk memandu sendiri, di bawah ini ialah empat langkah ringkas untuk bantu korang menyeberang masuk ke Thailand bermula dari lokasi sempadan, waktu operasi, waktu puncak, sehinggalah urusan imigresen.
Ringkasan Sempadan
- Lokasi: Rantau Panjang, Kelantan
- Waktu Operasi: 6.00AM – 10.00PM
- Wilayah Thailand: Narathiwat
Waktu Puncak
Rantau Panjang merupakan antara sempadan paling sibuk, terutamanya ketika:
- Jumaat petang
- Sabtu pagi
- Cuti sekolah
- Cuti umum
Tip: Masuk awal pagi (6:00–8:00 pagi) atau lewat malam untuk pelepasan yang lebih cepat.
LANGKAH 1: Imigresen Malaysia
- Beratur di lorong “Cars to Thailand”
- Pandu ke kaunter imigresen
- Serahkan pasport pemandu dan semua penumpang untuk cop keluar
- Teruskan pemanduan ke pemeriksaan Thailand
Nota: Biasanya proses ini cepat kecuali ketika waktu puncak.
LANGKAH 2: Imigresen Thailand
- Parkir kenderaan berhampiran Bangunan Pos Sempadan Sungai Golok
- Pemandu dan semua penumpang perlu turun dari kenderaan dan masuk ke banguna
- Untuk Penumpang, beratur di kaunter imigresen dan sediakan:
- Pasport
- Salinan TDAC (Thailand Digital Arrival Card)
Hantar TDAC lebih awal di:https://tdac.immigration.go.th
- Pemandu perlu beratur di kaunter deklarasi pemandu di luar bangunan dan sediakan:
- Geran kenderaan asal
- Pasport
- Salinan insurans kenderaan Thailand (CI / VI)
- Borang TM2 – Maklumat kenderaan
- Borang TM3 – Permit sementara kenderaan
Dokumen Tambahan (Jika Berkaitan)
Jika kenderaan bukan atas nama sendiri:
- Surat kebenaran
- Salinan IC pemilik kenderaan
Jika kenderaan syarikat:
- Surat kebenaran syarikat (kepala surat)
- Dokumen SSM halaman 9, 24 & 49
Nota: Kesemua salinan dokumen di atas perlu disahkan oleh Suruhanjaya Sumpah
Caj Lebih Masa (akan dikenakan selepas 5.00 petang & semasa cuti umum)
|
Kereta / MPV / Van |
Pemandi: 25 THB (≈ RM3+) |
Penumpang: 5 THB (≈ RM0.60+) |
|
Motorsikal |
Penunggang: 10 THB (≈ RM1.30) |
Pembonceng: 3 THB (≈ RM0.40+) |
LANGKAH 3: Kastam Thailand – Pengisytiharan Kenderaan
- Parkir kenderaan di kawasan parkir yang disediakan
- Buat pengisytiharan kenderaan dan sediakan dokumen berikut:
- Geran kenderaan asal
- Pasport / border pass
- Salinan insurans kenderaan Thailand (CI / VI)
- Borang TM2
- Borang TM3
Dokumen Tambahan (Jika Berkaitan)
Jika kenderaan bukan atas nama sendiri:
- Surat kebenaran
- Salinan IC pemilik kenderaan
Jika kenderaan syarikat:
- Surat kebenaran syarikat (kepala surat)
- Dokumen SSM halaman 9, 24 & 49
LANGKAH 4 (LANGKAH TERAKHIR): Kastam Thailand
- Selepas pasport dicop, pemandu perlu masuk semula ke bangunan imigresen
- Serahkan TM2, VOC, dan salinan insurans kepada pegawai kastam
- Pihak kastam Thailand akan memanggil nombor kenderaan dan menyerahkan borang pengisytiharan
- Pegawai mungkin akan memeriksa kenderaan dan nombor plat
Rantau Panjang memang popular untuk trip singkat dan shopping, jadi persediaan awal memang penting. Dengan Drive2Thai, korang boleh dapatkan insurans kenderaan Thailand (CI / VI) serta borang TM2 & TM3 secara online dan terus dihantar ke email jadi korang dah siap sebelum sampai di sempadan.
