Knowledge26/02/2026

Apa Perlu Buat Jika Kemalangan Berlaku di Thailand | Panduan Langkah Demi Langkah untuk Pemandu Malaysia

Apa Perlu Buat Jika Kemalangan Berlaku di Thailand | Panduan Langkah Demi Langkah untuk Pemandu Malaysia

Kemalangan boleh berlaku di mana-mana — walaupun sekadar percutian singkat ke Hat Yai, trip keluarga, atau pemanduan hujung minggu untuk shopping di seberang sempadan. Tahu apa yang perlu dibuat dapat memastikan keselamatan korang, elakkan kos yang tak perlu, dan percepatkan proses tuntutan insurans.

Panduan ini beri pemandu Malaysia senarai semak yang jelas dan praktikal untuk diikuti sejurus selepas kemalangan di Thailand.

Kenapa Pemandu Malaysia Perlu Tahu Prosedur Kemalangan yang Betul di Thailand

Apabila memandu kenderaan Malaysia masuk ke Thailand, korang wajib bawa:

  • Compulsory Insurance (CI / Por Ror Bor)
  • Borang TM2/TM3
  • Voluntary Insurance (tak wajib, tetapi sangat digalakkan)

Dokumen ini selalunya akan diminta oleh polis, Tourist Police, atau syarikat insurans selepas kemalangan. Tahu apa yang perlu dibuat, dan apa yang TIDAK patut dibuat, akan bantu korang kekal tenang.

Langkah-langkah yang perlu dibuat:

1. Bertenang dan Utamakan Keselamatan

Keselamatan korang paling utama.

  • Pasang lampu kecemasan (hazard light)
  • Periksa semua orang dalam keadaan selamat
  • Alihkan kenderaan ke tempat selamat (jika boleh)
  • Elakkan menghalang lalu lintas
  • Jangan panik atau bertengkar

2. JANGAN Mengaku Salah

Jangan sesekali mengaku salah di tempat kejadian.

Elakkan bercakap:

  • “Saya minta maaf”
  • “Salah saya”
  • “Saya tak nampak”

Biar polis atau pihak insurans tentukan tanggungjawab. Ini penting untuk lindungi daripada tuntutan.

3. Ambil Gambar & Video yang Jelas

Bukti sangat penting untuk tuntutan insurans di Thailand:

Ambil gambar:

  • Kerosakan kenderaan (dekat & jauh)
  • Nombor plat (kereta korang & pihak satu lagi)
  • Keadaan jalan
  • Lokasi dan persekitaran
  • Tanda brek, serpihan, papan tanda jalan

4. Tukar Maklumat Dengan Pemandu Lain

Pastikan korang ambil maklumat berikut dari pemandu terlibat:

  • Nama
  • Nombor telefon
  • Nombor plat kenderaan
  • Butiran syarikat insurans

Kalau ada masalah bahasa, guna Google Translate atau hubungi Tourist Police di 1155 untuk bantuan.

5. Hubungi Syarikat Insurans Korang

Bergantung pada perlindungan korang beli:

Compulsory Insurance (CI): Hanya melindungi kecederaan pihak ketiga — bukan kenderaan korang.

Voluntary Insurance (VI): Melindungi perbelanjaan perubatan, pampasan kecederaan, kerosakan harta pihak ketiga dan jaminan ikat jamin (bail bond).

Syarikat insurans mungkin:

  • Hantar adjuster ke lokasi
  • Beri panduan langkah seterusnya
  • Aturkan proses repair kereta jika insurans korang cover

Pastikan nombor polisi ada bersama dan simpan hotline dalam telefon korang

6. Hubungi Tourist Police (1155) Jika Perlu (Pilihan)

Tourist Police boleh bantu jika:

  • Ada masalah bahasa
  • Korang rasa tak selamat
  • Tak pasti lokasi
  • Perlukan panduan prosedur

Hotline: 1155 (24 jam)
Bahasa: English, sedikit Bahasa Melayu, Chinese

Jangan risau, mereka bantu pelancong, bukan untuk marah korang.

7. Buat Laporan Polis (Jika Diperlukan)

Korang perlu buat laporan jika:

  • Ada kecederaan serius
  • Diminta oleh pihak insurans
  • Pihak satu lagi enggan beri kerjasama

Laporan polis akan kuatkan proses tuntutan insurans korang. Korang boleh cari balai polis terdekat di Thailand.

8. Simpan Semua Dokumen

Selepas kejadian, simpan:

  • Gambar dan video
  • Maklumat saksi
  • Dokumen insurans
  • Resit (towing, pengangkutan dan lain-lain)

Semua ini diperlukan semasa proses tuntutan.

Pro Tips untuk Pemandu Malaysia

  • Simpan salinan CI, TM2/TM3 dan pasport dalam glove box
  • Simpan nombor kecemasan Thailand sebelum masuk
  • Download Google Maps Offline Mode
  • Bawa power bank
  • Ambil gambar keadaan kenderaan sebelum masuk Thailand (berguna untuk tuntutan)

Memandu ke Thailand memang selamat dan menyeronokkan kalau korang dah ready. Kemalangan memang boleh jadi pengalaman yang stres, tapi dengan langkah yang betul, korang kekal dilindungi, yakin dan terkawal.

Kalau korang belum ambil insurans kereta rentas sempadan ke Thailand, dapatkan insurans Thailand korang daripada Drive2Thai untuk perjalanan yang lebih selamat dan tanpa risau.

Kongsi:

Sebut Harga Percuma Insurans Kereta Malaysia & Perjalanan

Kami akan mengingatkan anda sebelum insurans kereta Malaysia anda tamat tempoh dan menyediakan sebut harga percuma. Kami juga menawarkan sebut harga percuma untuk insurans perjalanan!

WhatsApp