Travel08/05/2026

5 Tempat Menarik di Koh Samui

5 Tempat Menarik di Koh Samui

Koh Samui adalah syurga tropika di Teluk Thailand yang terkenal dengan pantai yang dipenuhi pokok kelapa, kuil budaya, air terjun hijau, dan aktiviti island hopping. Destinasi ini memang sesuai untuk pencinta pantai, keluarga, pasangan, dan juga mereka yang suka road trip dari Malaysia sambil menikmati suasana pulau yang santai.

Berikut adalah 5 tempat menarik di Koh Samui yang korang boleh explore bila bercuti di sana.


1. Big Buddha Temple (Wat Phra Yai)

Waktu Operasi: 07:00 – 18:00 setiap hari
Harga Tiket: Percuma (sumbangan dialu-alukan)
Tips: Datang awal pagi atau lewat petang untuk cuaca lebih nyaman dan gambar yang lebih cantik

Salah satu tempat paling famous di Koh Samui ialah Wat Phra Yai, atau lebih dikenali sebagai Big Buddha Temple. Tarikan utama di sini ialah patung Buddha emas setinggi 12 meter yang boleh dilihat dari jauh. Kuil ini terletak di sebuah pulau kecil yang dihubungkan dengan jalan tambak, dan kawasan sekelilingnya menghadap laut serta pantai yang cantik. Sebab itu tempat ini popular dalam kalangan pelancong dan penduduk tempatan. Kebanyakan orang ambil masa sekitar sejam untuk explore kawasan ni sambil menikmati view dan suasana yang lebih tenang.

 

2. Fisherman’s Village, Bophut

Waktu Operasi: 10:00 – 23:00 setiap hari
Walking Street Market: Jumaat sekitar 17:00 – 23:00
Harga Tiket: Percuma
Tips: Datang malam Jumaat untuk suasana Walking Street yang lebih meriah

Fisherman’s Village adalah kawasan tepi pantai yang unik dan penuh karakter. Tempat ni gabungkan kedai kayu lama dengan café moden, restoran, dan butik kecil di sepanjang kawasan pantai. Waktu malam memang kawasan ni jadi lebih hidup dan meriah. Ramai pelancong datang untuk jalan santai, cari makanan, dan menikmati suasana lokal. Malam Jumaat biasanya paling ramai sebab ada Walking Street Market yang terkenal di Koh Samui.

 

3. Na Muang Waterfall

Waktu Operasi: 08:00 – 17:00 setiap hari
Harga Tiket: Sekitar THB 100–150 seorang
Tips: Bawa baju salin dan kasut sesuai kalau plan nak mandi

Na Muang Waterfall adalah tempat yang sesuai kalau korang nak lari sekejap dari kawasan pantai. Air terjun ni dikelilingi hutan tropika dan antara yang paling mudah untuk diakses di Koh Samui. Ramai pencinta alam datang sini untuk relax dan menikmati suasana semula jadi. Biasanya orang akan spend satu hingga dua jam dekat sini. Waktu pagi adalah masa terbaik sebab cuaca lebih sejuk dan crowd pun belum ramai. 

 

4. Chaweng Beach

Waktu Operasi: Dibuka 24 jam
Harga Tiket: Percuma
Tips: Sesuai untuk swimming, paddleboarding, atau parasailing

Chaweng Beach adalah pantai paling popular di Koh Samui, terkenal dengan pasir putih yang panjang, air laut jernih, dan suasana yang lebih meriah. Waktu siang, ramai datang untuk aktiviti air dan lepak tepi pantai. Bila malam, kawasan ni jadi lebih hidup dengan bar dan restoran sepanjang pantai. Kalau korang nak suasana yang lebih tenang, datang awal pagi atau pilih kawasan utara pantai.

 

5. Ang Thong National Marine Park

Waktu Operasi: Disarankan full day trip
Harga Tiket: Biasanya termasuk dalam pakej tour (~THB 1,000–2,000 bergantung penyedia)
Tips: Tempah awal sebab peak season cepat penuh

Untuk korang yang suka adventure dan pemandangan cantik, Ang Thong National Marine Park memang wajib masuk dalam itinerary.

Kawasan ni terdiri daripada gugusan pulau batu kapur yang terkenal dengan lagun hijau, snorkeling, kayaking, dan viewpoint yang cantik.

Harga tour biasanya bergantung pada apa yang termasuk seperti lunch, entrance fee, dan aktiviti tambahan.


Kalau korang nak masuk Thailand dengan drive dari Malaysia, jangan lupa satu perkara penting sebelum bertolak — pastikan insurans kenderaan Thailand dah siap. Dengan Drive2Thai, korang boleh dapatkan Thailand CI secara online bersama dokumen kenderaan yang diperlukan dalam masa beberapa minit.

Kalau Koh Samui buat korang rasa nak explore lebih banyak pulau, korang boleh tengok juga pulau-pulau Thailand yang mudah dikunjungi dengan kereta dari Malaysia untuk idea road trip yang seterusnya.

Kongsi:

Sebut Harga Percuma Insurans Kereta Malaysia & Perjalanan

Kami akan mengingatkan anda sebelum insurans kereta Malaysia anda tamat tempoh dan menyediakan sebut harga percuma. Kami juga menawarkan sebut harga percuma untuk insurans perjalanan!

WhatsApp