Sempadan Durian Burung di Kedah merupakan laluan yang lebih tenang dan kurang sesak antara Malaysia dan Thailand. Sebab itu ramai pilih laluan ini kalau nak pengalaman memandu yang lebih lancar. Sempadan ini bersambung terus ke Daerah Na Thawi, Songkhla dan sering dijadikan alternatif bila sempadan besar seperti Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar sesak.
Kalau korang bercadang untuk memandu sendiri ke Thailand melalui Durian Burung, panduan ini akan bantu korang langkah demi langkah daripada lokasi sempadan, waktu operasi, waktu puncak, sehinggalah urusan imigresen dan kelulusan kenderaan supaya korang boleh lintas sempadan dengan lebih yakin dan pantas.
Ringkasan Sempadan
- Lokasi: Durian Burung, Kedah
- Waktu Operasi: 6.00AM – 6.00PM
- Wilayah Thailand: Songkhla Province (Entering via Na Thawi District)
Waktu Puncak
Durian Burung biasanya kurang sesak berbanding sempadan utama, tapi trafik boleh meningkat ketika:
- Jumaat petang
- Sabtu pagi
- Cuti sekolah
- Cuti umum
Tip: Masuk awal pagi (6:00–8:00 pagi) untuk pelepasan lebih cepat. Lewat petang selalunya lebih perlahan kerana hampir waktu tutup sempadan.
LANGKAH 1: Imigresen Malaysia
- Beratur di lorong “Cars to Thailand”
- Pandu ke kaunter imigresen
- Serahkan pasport pemandu dan semua penumpang untuk cop keluar
- Teruskan pemanduan ke pemeriksaan Thailand
Nota: Biasanya proses ini cepat kecuali ketika waktu puncak.
LANGKAH 2: Imigresen Thailand
- Parkir kenderaan berhampiran bangunan imigresen
- Semua penumpang dan pemandu perlu turun dari kenderaan
- Masuk ke dewan imigresen dan beratur untuk pemeriksaan
- Setiap individu perlu sediakan:
- Pasport
- Salinan TDAC (Thailand Digital Arrival Card)
Hantar TDAC lebih awal di:https://tdac.immigration.go.th
Caj Lebih Masa (akan dikenakan selepas 5.00 petang & semasa cuti umum)
|
Kereta / MPV / Van |
Pemandi: 25 THB (≈ RM3+) |
Penumpang: 5 THB (≈ RM0.60+) |
|
Motorsikal |
Penunggang: 10 THB (≈ RM1.30) |
Pembonceng: 3 THB (≈ RM0.40+) |
LANGKAH 3: Kastam Thailand – Pengisytiharan Kenderaan
- Selepas pasport dicop, beratur di kaunter deklarasi kastam untuk urusan pengisytiharan kenderaan.
- Sediakan dokumen berikut:
- Geran kenderaan asal
- Pasport / border pass
- Salinan insurans kenderaan Thailand (CI / VI)
- Borang TM2 – Maklumat kenderaan
- Borang TM3 – Permit sementara kenderaan
Dokumen Tambahan (Jika Berkaitan)
Jika kenderaan bukan atas nama sendiri:
- Surat kebenaran
- Salinan IC pemilik kenderaan
Jika kenderaan syarikat:
- Surat kebenaran syarikat (kepala surat)
- Dokumen SSM halaman 9, 24 & 49
Durian Burung memang sesuai untuk korang yang nak laluan lebih sunyi dan santai, terutamanya bila sempadan utama sesak. Dengan Drive2Thai, korang boleh dapatkan insurans kenderaan Thailand (CI / VI) serta borang TM2 & TM3 secara online dan terus dihantar ke email jadi korang dah siap sebelum sampai di sempadan. Sebelum mulakan road trip ke Thailand dari Malaysia, jangan lupa semak dulu waktu operasi sempadan .
