Borders8/2/2026

Cara Memandu Masuk ke Thailand Melalui Sempadan Bukit Berapit: 4 Langkah Mudah

Cara Memandu Masuk ke Thailand Melalui Sempadan Bukit Berapit: 4 Langkah Mudah

Sempadan Bukit Berapit di Perak merupakan salah satu laluan darat yang kurang dikenali dan lebih tenang antara Malaysia dan Thailand. Laluan ini sering digunakan oleh penduduk tempatan serta pelancong yang menuju ke selatan Thailand, terutamanya bagi mereka yang lebih suka laluan yang santai berbanding sempadan besar seperti Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar.

Disebabkan trafik di sini lebih ringan, proses menyeberang selalunya lebih lancar asalkan dokumen korang dah siap. Di bawah ini ialah panduan ringkas yang merangkumi maklumat sempadan, waktu puncak, serta keseluruhan proses daripada imigresen.


Ringkasan Sempadan

  • Lokasi: Bukit Berapit, Perak
  • Waktu Operasi: 6.00AM – 11.00PM
  • Wilayah Thailand: Yala Province (Entering via Betong District)

Waktu Puncak

Bukit Berapit biasanya kurang sesak, namun trafik boleh meningkat ketika:

  • Jumaat petang
  • Sabtu pagi
  • Cuti sekolah
  • Cuti umum

Tip: Masuk awal pagi (6:00–8:00 pagi) untuk pelepasan paling cepat.


LANGKAH 1: Kaunter Kastam Malaysia

  • Pemeriksaan ringkas oleh pegawai kastam
  • Serahkan pasport dan geran kenderaan
  • Setelah dilepaskan, teruskan pemanduan ke pemeriksaan Thailand

Remarks: Inspections are typically quick and straightforward.

LANGKAH 2: Imigresen Thailand

  • Parkir kenderaan di kawasan parkir yang disediakan
  • Pemandu dan semua penumpang perlu turun dari kenderaan
  • Beratur di kaunter imigresen dan sediakan:
  • Pasport 
  • Salinan TDAC (Thailand Digital Arrival Card)

Hantar TDAC lebih awal di:https://tdac.immigration.go.th

Caj Lebih Masa  (akan dikenakan selepas 5.00 petang & semasa cuti umum)

Kereta / MPV / Van

Pemandi: 25 THB (≈ RM3+)

Penumpang: 5 THB (≈ RM0.60+)

Motorsikal

Penunggang: 10 THB (≈ RM1.30)

Pembonceng: 3 THB (≈ RM0.40+)

LANGKAH 3: Kastam Thailand – Pengisytiharan Kenderaan

  • Selepas pasport dicop, pemandu perlu ke Kaunter Kastam di Bangunan Kastam Betong untuk buat pengisytiharan kenderaan. Sediakan dokumen:
  • Geran kenderaan asal
  • Pasport
  • Salinan insurans kenderaan Thailand (CI / VI)
  • Borang TM2 – Maklumat kenderaan
  • Borang TM3 – Permit sementara kenderaan

Dokumen Tambahan (Jika Berkaitan)

Jika kenderaan bukan atas nama sendiri:

  • Surat kebenaran
  • Salinan IC pemilik kenderaan

Jika kenderaan syarikat:

  • Surat kebenaran syarikat (kepala surat)
  • Dokumen SSM halaman 9, 24 & 49

Nota: Semua salinan dokumen mesti disahkan oleh baiai polis Air Panas 

LANGKAH 5 (LANGKAH TERAKHIR): Pelepasan Kastam

  • Tunjukkan borang pengisytiharan kenderaan yang telah diluluskan kepada pegawai kastam
  • Pegawai mungkin akan menyemak nombor plat kenderaan
  • Setelah selesai, korang boleh terus memandu masuk ke Betong, Yala 

Laluan Bukit Berapit memang sesuai untuk korang yang nak pengalaman menyeberang sempadan yang tenang dan pemandangan cantik.Dengan Drive2Thai, korang boleh dapatkan insurans kenderaan Thailand (CI / VI) serta borang TM2 & TM3 secara online dan terus dihantar ke email jadi korang dah siap sebelum sampai di sempadan. Sebelum mulakan road trip ke Thailand dari Malaysia, jangan lupa semak dulu waktu operasi sempadan.

Kongsi:

Sebut Harga Percuma Insurans Kereta Malaysia & Perjalanan

Kami akan mengingatkan anda sebelum insurans kereta Malaysia anda tamat tempoh dan menyediakan sebut harga percuma. Kami juga menawarkan sebut harga percuma untuk insurans perjalanan!

WhatsApp