Sempadan Bukit Bunga merupakan laluan darat yang lebih tenang di Kelantan, sering digunakan oleh pelancong yang menuju ke Narathiwat dan kawasan selatan Thailand berdekatan. Berbanding sempadan utama, Bukit Bunga menawarkan pengalaman yang lebih santai dan kurang sesak sesuai untuk korang yang lebih suka laluan yang tenang.
Kalau korang bercadang untuk memandu sendiri ke Thailand melalui Bukit Bunga, panduan di bawah merangkumi semua yang perlu korang tahu daripada lokasi dan waktu operasi, sehinggalah urusan imigresen.
Ringkasan Sempadan
- Lokasi: Bukit Bunga, Kelantan
- Waktu Operasi: 6.00AM – 7.00PM
- Wilayah Thailand: Narathiwat Province (Entering via Waeng District / Ban Buketa)
Waktu Puncak
Sempadan ini paling sibuk terutamanya untuk pelancong ke Hat Yai (±55 minit):
- Jumaat petang
- Sabtu pagi
- Cuti sekolah
- Cuti umum
Tip: Masuk awal pagi (6:00–8:00 pagi) untuk pelepasan paling lancar.
LANGKAH 1: Imigresen Malaysia
- Beratur di lorong “Cars to Thailand”
- Serahkan pasport untuk cop keluar
- Pandu ke pemeriksaan Thailand
Nota: Biasanya proses ini cepat kecuali ketika waktu puncak.
LANGKAH 2: Kaunter Imigresen Thailand
- Parkir kenderaan berhampiran kaunter imigresen
- Semua penumpang dan pemandu perlu turun dari kenderaan
- Pemandu dan penumpang beratur di kaunter imigresen dan sediakan:
- Passport
- TDAC (Thailand Digital Arrival Card) copy
Hantar TDAC lebih awal di:https://tdac.immigration.go.th
Caj Lebih Masa (akan dikenakan selepas 5.00 petang & semasa cuti umum)
|
Kereta / MPV / Van |
Pemandi: 25 THB (≈ RM3+) |
Penumpang: 5 THB (≈ RM0.60+) |
|
Motorsikal |
Penunggang: 10 THB (≈ RM1.30) |
Pembonceng: 3 THB (≈ RM0.40+) |
- Pemandu perlu beratur berasingan untuk pengisytiharan kenderaan dan sediakan:
- Geran kenderaan asal
- Pasport
- Salinan insurans kenderaan Thailand (CI / VI)
- Borang TM2 – Maklumat kenderaan
- Borang TM3 – Permit sementara kenderaan
Dokumen Tambahan (Jika Berkaitan)
Jika kenderaan bukan atas nama sendiri:
- Surat kebenaran
- Salinan IC pemilik kenderaan
Jika kenderaan syarikat:
- Surat kebenaran syarikat (kepala surat)
- Dokumen SSM halaman 9, 24 & 49
LANGKAH 3 (LANGKAH TERAKHIR): Pelepasan Kastam
- Tunjukkan borang pengisytiharan kenderaan yang telah diluluskan kepada pegawai kastam Thailand
- Pegawai mungkin akan menyemak nombor plat kenderaan
- Setelah selesai, korang boleh terus memandu masuk ke Daerah Waeng dan kawasan lain di Narathiwat
Bukit Bunga memang sesuai untuk korang yang nak alternatif sunyi selain Rantau Panjang. Planning ahead is everything in preparing your trip into Thailand. Dengan Drive2Thai, korang boleh dapatkan insurans kenderaan Thailand (CI / VI) serta borang TM2 & TM3 secara online dan terus dihantar ke email jadi korang dah siap sebelum sampai di sempadan. Sebelum mulakan road trip ke Thailand dari Malaysia, jangan lupa semak dulu waktu operasi sempadan.
