Knowledge09/05/2026

5 Risiko Memandu di Thailand Tanpa Perlindungan Insurans Yang Betul

5 Risiko Memandu di Thailand Tanpa Perlindungan Insurans Yang Betul

Memandu dari Malaysia ke Thailand memang jadi pilihan ramai, terutamanya untuk short trip. Ia lebih mudah, lebih fleksibel, dan bagi sesetengah orang, lebih seronok berbanding naik flight. Tapi ada satu perkara yang ramai terlepas pandang iaitu insurans. Hakikatnya, masuk Thailand tanpa perlindungan yang betul bukan sekadar perkara kecil. 

Ini adalah lima risiko yang ramai pemandu hanya sedar bila keadaan dah terlambat.

1. Boleh Kena Halang atau Ditahan di Sempadan

Pihak berkuasa Thailand mewajibkan semua kenderaan yang masuk ke negara mereka mempunyai insurans wajib yang sah.

Kalau korang tak ada, ada kemungkinan:

  • Ditahan
  • Atau lebih teruk, tidak dibenarkan masuk

Walaupun penguatkuasaan mungkin berbeza ikut checkpoint, ini bukan benda yang sesuai untuk ambil risiko. Bayangkan dah drive jauh-jauh, tapi kena patah balik hanya sebab tak sediakan benda yang sepatutnya.

2. Korang Perlu Tanggung Kos Perubatan Sendiri

Kalau berlaku kemalangan dan melibatkan kecederaan, situasi boleh jadi serius dengan cepat. Tanpa insurans yang betul, korang mungkin perlu bayar kos rawatan sendiri. Di Thailand, bil hospital untuk kes kemalangan boleh jadi tinggi tanpa disedari.

Kecederaan kecil pun boleh mencecah ribuan baht. Kalau kes lebih serius, jumlahnya boleh jadi beban kewangan yang besar, terutamanya bila melibatkan orang lain.

3. Tiada Perlindungan Untuk Tuntutan Besar

Insurans wajib di Thailand biasanya hanya melindungi kos asas perubatan pihak ketiga, dan jumlahnya pun terhad.

Kalau berlaku kemalangan besar, pampasan yang perlu dibayar mungkin jauh lebih tinggi daripada had perlindungan tersebut. Tanpa perlindungan tambahan, korang mungkin perlu:

  • Bayar pampasan kepada pihak lain sendiri
  • Tanggung kerosakan melebihi had polisi
  • Uruskan tuntutan undang-undang tanpa bantuan

4. Risiko Masalah Undang-Undang dan Denda

Memandu tanpa insurans yang sah di Thailand bukan sekadar berisiko, tetapi juga boleh menyebabkan masalah dari segi undang-undang.

Kalau ditahan pihak berkuasa atau terlibat dalam kemalangan, korang mungkin berdepan dengan:

  • Denda
  • Kelewatan dalam penyelesaian kes
  • Proses yang lebih rumit

5. Tiada Bantuan Bila Korang Perlukan

Satu perkara yang ramai tak fikir awal-awal, bila sesuatu berlaku, siapa korang nak hubungi?

Tak ada:

  • Bantuan claim
  • Sokongan untuk urusan report polis
  • Panduan apa yang perlu dibuat seterusnya

Di negara asing, walaupun kemalangan kecil boleh jadi pengalaman yang mengelirukan. Bila ada perlindungan yang betul, biasanya ada pihak yang boleh bantu guide korang melalui proses tersebut.

Cara Mudah Untuk Faham

Kebanyakan orang tak kisah belanja untuk minyak, makan, hotel atau shopping bila travel. Tapi bila sampai bab insurans, ramai yang rasa ragu-ragu walaupun kosnya sebenarnya kecil jika dibandingkan dengan risiko.

Insurans bukan sekadar tambahan. Ia adalah perlindungan yang memastikan perjalanan korang berjalan lancar, tanpa masalah yang tak dijangka. Kalau korang drive ke Thailand, fahami juga perbezaan antara insurans CI dan VI Thailand supaya korang boleh pilih perlindungan yang lebih sesuai untuk perjalanan.

Kongsi:

Sebut Harga Percuma Insurans Kereta Malaysia & Perjalanan

Kami akan mengingatkan anda sebelum insurans kereta Malaysia anda tamat tempoh dan menyediakan sebut harga percuma. Kami juga menawarkan sebut harga percuma untuk insurans perjalanan!

WhatsApp