Travel14/05/2026

Kenapa Thailand Masih Jadi Salah Satu Negara Paling Best Untuk Dilawati

Kenapa Thailand Masih Jadi Salah Satu Negara Paling Best Untuk Dilawati

Ada sebab kenapa ramai orang asyik repeat pergi Thailand. Bagi sesetengah orang, sebab makanan dia. Ada yang pergi sebab shopping, pantai, café, road trip, atau sekadar nak lari sekejap daripada stress kehidupan harian. Honestly, Thailand ni ada satu “magic” pelik yang buat even short trip pun rasa memorable. Korang boleh pergi lima kali pun, still boleh jumpa tempat baru setiap kali trip.

Ini antara sebab kenapa ramai sangat suka travel ke Thailand.


1. Makanan Dia Memang Worth The Trip

Jujur lah kan. Thailand ni jenis negara yang buat aktiviti makan jadi separuh daripada itinerary. Daripada gerai tepi jalan sampai night market dan café lokal, susah sebenarnya nak jumpa makanan yang tak sedap dekat sana.

Boat noodles, seafood bakar, mango sticky rice, Thai milk tea, moo krata malam-malam dengan member makanan dekat Thailand memang rasa lain macam. Dan best part? Kebanyakan makanan dekat sana masih lagi surprisingly murah.

2. Road Trip Dekat Thailand Memang Syok

Drive dekat Thailand rasa sangat berbeza compare dengan Malaysia. Bila dah keluar dari bandar sibuk, korang mula lalu kawasan gunung, kampung kecil, jalan cantik, sungai, dan café random dengan view yang memang lawa gila. Sampai stop dekat petrol station pun somehow rasa seronok.

Tempat macam Hatyai, Betong, Krabi, Chiang Mai, dan Chiang Rai memang popular untuk road trip sebab perjalanan tu sendiri dah jadi sebahagian daripada experience. Kadang-kadang moment paling best bukan dekat destinasi pun. Tapi dekat random stop sepanjang jalan.

3. Thailand Ada Something Untuk Semua Orang

Ada orang pergi Thailand nak relax. Ada yang pergi sebab makanan. Ada yang shopping sampai luggage overweight. Ada pula yang cari nature, pantai, kuil, nightlife, atau café atas gunung. Mungkin itu salah satu sebab Thailand sentiasa popular.

Different people travel for different reasons, dan somehow negara ni berjaya bagi semua benda tu dalam satu tempat. Pagi boleh island hopping. Malam pula makan street food tepi jalan.

4. Hospitality Orang Thailand Memang Rasa Warm

Satu benda yang ramai traveler perasan ialah suasana dekat Thailand rasa friendly dan welcoming.

Sama ada staff hotel, pekerja café, peniaga tepi jalan, atau orang lokal yang tolong tunjuk arah, interaction dekat sana biasanya rasa santai dan menyenangkan.

Benda simple macam pergi convenience store, market, atau restoran tepi jalan pun boleh buat trip rasa enjoyable sebab suasana dia selesa untuk pelancong.

5. Senang Sangat Nak Repeat Trip

Thailand dekat, convenient, dan familiar untuk ramai rakyat Malaysia.vKorang tak semestinya perlukan itinerary yang complicated pun. Kadang-kadang orang decide nak pergi beberapa hari sebelum trip je.

Sebab tu ramai traveler akhirnya repeat Thailand banyak kali setahun. Satu trip jadi dua. Lepas tu tiba-tiba Thailand dah jadi yearly routine. Tapi somehow setiap trip still rasa exciting.


Thailand bukan sekadar popular sebab murah atau dekat. Orang asyik repeat pergi sebab pengalaman dekat sana rasa mudah, fun, dan memorable. Kadang-kadang bukan pasal buat benda extraordinary pun. Kadang-kadang Thailand cuma jadi tempat untuk slow down sekejap dan enjoy hidup dengan lebih tenang.

Plan nak drive masuk Thailand nanti? Jangan lupa prepare insurans Thailand, TM2 & TM3 sebelum trip korang. Dengan Drive2Thai, semuanya boleh settle online dalam beberapa minit je. Mudah, cepat, dan tak pening kepala.

Kongsi:

Sebut Harga Percuma Insurans Kereta Malaysia & Perjalanan

Kami akan mengingatkan anda sebelum insurans kereta Malaysia anda tamat tempoh dan menyediakan sebut harga percuma. Kami juga menawarkan sebut harga percuma untuk insurans perjalanan!

WhatsApp