Travel24/05/2026

Kenapa Semakin Ramai Rakyat Malaysia Suka Jelajah Thailand Utara

Kenapa Semakin Ramai Rakyat Malaysia Suka Jelajah Thailand Utara

Dulu kalau sebut bercuti ke Thailand, kebanyakan rakyat Malaysia akan terus fikir tentang Hat Yai, Bangkok, Phuket, atau Krabi. Tempat-tempat ni memang popular sebab senang pergi, banyak makanan, shopping, dan sesuai untuk short getaway. Tapi sekarang, semakin ramai rakyat Malaysia mula explore kawasan Thailand Utara. Tempat seperti Chiang Mai, Chiang Rai, Pai, Nan, dan Mae Hong Son semakin popular—not sebab hype semata-mata, tapi sebab pengalaman dekat sana memang terasa sangat berbeza daripada Thailand yang biasa orang selalu pergi. Dan yang menariknya, ramai yang dah pernah pergi sekali biasanya akan rasa nak repeat lagi.


Cuaca Dia Memang Rasa Lain

Antara benda pertama yang ramai rakyat Malaysia perasan bila sampai Thailand Utara ialah cuaca dia. Udara pagi yang sejuk, jalan berkabus, dan suasana gunung memang rasa refreshing dibandingkan dengan cuaca panas dan lembap dekat Malaysia. Waktu tertentu, especially hujung tahun, suhu boleh jadi agak sejuk sampai ramai excited nak pakai hoodie atau sweater. Simple benda macam minum kopi pagi sambil tengok kabus pun dah rasa macam bercuti jauh dari rutin biasa.

Road Trip Dekat Sana Memang Best

Thailand Utara memang syurga untuk orang yang suka driving. Sepanjang perjalanan, korang akan lalu jalan gunung, kampung kecil, sawah, hutan, dan viewpoint yang buat korang rasa nak berhenti banyak kali. Dekat sana, perjalanan tu sendiri jadi sebahagian daripada pengalaman bercuti. Ramai rakyat Malaysia sekarang mula suka buat road trip jauh sampai Chiang Mai atau Mae Hong Son sebab suasana driving dia memang tenang dan cantik.

Café Hunting Dekat Thailand Utara Memang Feel Dia Berbeza

Thailand memang terkenal dengan café culture, tapi dekat Thailand Utara vibe dia lagi santai. Ada café tepi gunung, tepi sungai, dalam hutan, dan kadang-kadang tersembunyi dekat jalan kecil yang random. Banyak tempat tak nampak terlalu commercial lebih kepada cozy dan relaxing. Sebab tu ramai Malaysians suka explore café dekat sana sebab setiap tempat rasa unik dan lain daripada lain.

Suasana Dia Lebih Slow dan Tak Serabut

Satu lagi sebab ramai suka Thailand Utara ialah pace hidup dekat sana terasa lebih perlahan. Bandar kecil dekat sana tak terlalu crowded, trafik pun lebih tenang, dan orang dekat sana nampak lebih relaxed. Tak rasa rushing macam dekat bandar besar atau tourist spot yang sibuk. Untuk orang yang penat dengan kerja atau rutin harian, suasana macam ni memang jadi salah satu sebab utama kenapa mereka suka repeat Thailand Utara.

Makanan Dia Pun Ada Identiti Sendiri

Makanan Thailand Utara agak berbeza daripada makanan Thai yang biasa orang Malaysia selalu makan. Dekat sana lebih banyak:

  • Sup panas
  • Grilled meat
  • Herba tempatan
  • Comfort food yang sesuai dengan cuaca sejuk

Antara menu yang ramai suka ialah Khao Soi, sosej Thai utara, dan pelbagai jenis grilled pork. Dan honestly, makan makanan panas waktu cuaca sejuk memang rasa lagi sedap.

Ramai Dah Cari Pengalaman, Bukan Shopping Semata-Mata

Sekarang ramai travellers tak cari shopping atau short trip semata-mata. Lebih ramai mula suka:

  • Scenic road trip
  • Slow travel
  • Nature dan gunung
  • Hidden café
  • Pekan kecil yang tenang
  • Trip yang lebih fleksibel dan santai

Thailand Utara memang sesuai sangat dengan gaya travel macam ni.

Kadang-Kadang Tempat Yang Tenang Jadi Paling Memorable

Apa yang buat Thailand Utara special bukan satu attraction tertentu. Tapi gabungan:

  • Cuaca sejuk
  • Jalan cantik
  • Café random yang best
  • Pemandangan gunung
  • Pekan kecil yang tenang
  • Morning drive sambil layan kabus

Semua benda ni buat pengalaman dekat sana rasa lebih personal dan memorable.


Road trip ke Thailand Utara akan jadi lebih smooth bila semua dokumen dan keperluan perjalanan disiapkan awal. Dengan Drive2Thai, rakyat Malaysia boleh urus keperluan penting secara online sebelum perjalanan, termasuk insurans Thailand dan borang TM2 & TM3 yang boleh diisi terus melalui website dan dihantar ke email korang supaya perjalanan road trip ke Thailand jadi lebih mudah, lancar, dan kurang stress sebelum sampai border lagi.

Kongsi:

Sebut Harga Percuma Insurans Kereta Malaysia & Perjalanan

Kami akan mengingatkan anda sebelum insurans kereta Malaysia anda tamat tempoh dan menyediakan sebut harga percuma. Kami juga menawarkan sebut harga percuma untuk insurans perjalanan!

WhatsApp