Kalau korang plan nak pergi Thailand dari Malaysia sama ada naik flight atau drive masuk ikut sempadan, korang kena tahu ada satu borang yang wajib diisi sebelum masuk Thailand. Dulu, pelawat perlu isi borang ketibaan manual yang ramai kenal sebagai TM6. Tapi sekarang, borang tu dah digantikan dengan versi digital yang dipanggil Thailand Digital Arrival Card (TDAC).
Untuk rakyat Malaysia yang masuk Thailand melalui jalan darat atau udara, submission TDAC yang betul memang boleh bantu urusan imigresen jadi lebih lancar dan cepat, terutamanya masa peak season / musim cuti.
Artikel ni akan guide korang tentang apa itu TDAC, apa yang korang perlukan, dan cara submit TDAC langkah demi langkah.
Apa Itu Thailand Digital Arrival Card (TDAC)?
Thailand Digital Arrival Card (TDAC) ialah borang imigresen yang setiap pelawat asing perlu lengkapkan sebelum tiba di Thailand. Dalam borang ni, korang akan isi beberapa maklumat penting seperti butiran perjalanan, maklumat pasport, dan tempat penginapan di Thailand.
Korang boleh submit TDAC secara online di sini
TDAC terpakai untuk:
- Rakyat Malaysia yang masuk Thailand (travel / short trip)
- Malaysian motorists yang drive masuk Thailand (kereta/motor)
- Kemasukan melalui jalan darat, lapangan terbang, dan seaport
Tiada caj untuk submit TDAC, dan biasanya ambil beberapa minit sahaja.
Bila Masa Terbaik Untuk Malaysians Submit TDAC?
TDAC perlu disubmit sebelum korang sampai ke kaunter imigresen Thailand. Best practice:
- Submit 1–3 hari sebelum bertolak
- Pastikan semua info 100% sama macam dalam pasport
- Simpan salinan digital / screenshot dalam phone
- Lagi bagus kalau print satu copy (optional)
Bila TDAC siap awal, korang boleh elak delay di checkpoint yang biasanya sesak masa cuti.
Langkah-langkah: Cara Submit TDAC (Panduan Malaysia)
Sediakan info ini dulu
- Maklumat pasport
- Tarikh perjalanan
- Pintu masuk (airport atau land border)
- Maklumat tempat tinggal/penginapan di Thailand (hotel/homestay/rumah)
Lepastu,
Korang akan dibawa ke webpage rasmi TDAC. Klik CTA “Arrival Card” dan korang akan masuk ke Personal Information Page.
-
Personal Information Page
Selepas isi nama dan nationality, korang perlu masukkan maklumat seperti dalam pasport termasuk pekerjaan, alamat tempat tinggal, jantina, tarikh lahir, dan nombor telefon.
-
Trip Information Page
Seterusnya, korang perlu isi maklumat perjalanan seperti tarikh ketibaan dan melalui border atau airport mana. Akhir sekali, masukkan maklumat tempat penginapan di Thailand seperti nama hotel, homestay, atau rumah.
-
Health Declaration Page
Page pengisytiharan kesihatan akan muncul seterusnya. Isi semua maklumat, kemudian semak semula dengan teliti sebelum submit. Selepas submission, korang akan terima confirmation TDAC. Simpan dalam telefon atau print satu salinan kerana pegawai imigresen mungkin akan minta semasa masuk Thailand.
TDAC untuk Malaysians Pandu ke Thailand
Kalau korang masuk Thailand dengan kereta atau motor, TDAC akan diperiksa bersama:
- Pasport
- Dokumen kenderaan
- Thailand Motor Insurance
Kalau korang melalui border yang sibuk seperti Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar, memang sangat membantu bila TDAC dah siap awal untuk kurangkan masa menunggu dan elakkan perlu isi borang di situ.
Elakkan benda ni:
Ramai traveller delay sebab kesilapan kecil. Elakkan perkara ini:
- Salah taip nombor pasport
- Tarikh masuk yang salah
- Terlupa simpan confirmation page
- Submit TDAC terlalu lewat (di border)
Semak semua maklumat sebelum submit supaya proses masuk Thailand lebih lancar.
Sebelum korang cross border tu...
Selain TDAC, kenderaan asing yang masuk Thailand juga perlu ada motor insurance Thailand. Untuk urusan kastam yang lebih lancar, sebaiknya uruskan semua dokumen lebih awal, terutamanya kalau korang plan road trip ke Thailand dari Malaysia. Ketahui lebih lanjut mengenai dokumen yang diperlukan untuk memasuki Thailand melalui sempadan Malaysia di sini.
Dengan Drive2Thai, korang boleh dapat Thailand Compulsory Insurance (CI) serta borang TM2 dan TM3, dan terus terima e-policy melalui email. Cara mudah untuk pastikan semuanya lengkap dan perjalanan korang ke Thailand jadi lebih tenang dan hassle-free. Bersedia lebih awal dan masuk Thailand dengan yakin!
