Memandu dari Malaysia ke Thailand memang satu pengalaman yang best. Sama ada korang menuju ke Hat Yai, Songkhla, atau merancang road trip lebih jauh ke utara, perjalanan darat ini sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Tapi sebelum korang lepas sempadan, ada satu perkara penting yang ramai pemandu terlepas pandang ialah perlindungan insurans.
Kalau korang ingat insurans kereta Malaysia akan automatik melindungi korang di Thailand, artikel ini akan jelaskan situasi sebenar. Jom kita faham apa itu extension insurans, apa yang ia lindungi, dan apa yang sebenarnya korang perlukan untuk memandu secara sah dan selamat di Thailand.
Adakah Insurans Kereta Anda Dilindungi Di Thailand?
Jawapan ringkas: sebahagian sahaja dan tak menyeluruh.
Kebanyakan polisi insurans komprehensif di Malaysia ada extension penggunaan ke Thailand, biasanya dikenali sebagai Extension of Use to Thailand. Nama ini nampak meyakinkan, tapi hakikatnya ramai salah faham tentang coverage sebenar.
Biasanya, extension ini hanya melindungi:
- Own Damage (OD) – kerosakan pada kereta korang sendiri
- Liputan terhad kepada Thailand Selatan sahaja
- Tempoh perlindungan beberapa hari sahaja bagi setiap perjalanan
Apa yang tidak dilindungi (ini sangat penting):
- Kecederaan pihak ketiga
- Kerosakan harta pihak ketiga
- Tuntutan liabiliti undang-undang di Thailand
Maksudnya, kalau korang terlibat dalam kemalangan dan mencederakan orang lain atau rosakkan harta di Thailand, insurans Malaysia takkan tanggung kos tersebut.
Cara Semak Polisi Insurans Korang
Sebelum memulakan perjalanan, hubungi syarikat insurans atau ejen korang dan tanya dengan jelas:
- Adakah extension Thailand termasuk dalam polisi?
- Negeri mana di Thailand yang dilindungi?
- Berapa hari perlindungan dibenarkan setiap kali masuk?
- Perlindungan terhad kepada Own Damage atau termasuk pihak ketiga?
Ada polisi yang beri extension secara automatik, ada juga yang kenakan caj tambahan. Walaupun korang ada extension ini, insurans Thailand masih diperlukan untuk patuhi undang-undang tempatan.
Kenapa Insurans Thailand Wajib Ada
Mengikut peraturan Thailand, semua kenderaan asing yang masuk ke negara tersebut wajib mempunyai insurans pihak ketiga tempatan.
Pihak berkuasa Thailand boleh minta bukti insurans semasa:
- Pemeriksaan imigresen
- Sekatan jalan raya polis
- Selepas kemalangan
Memandu tanpa insurans Thailand boleh menyebabkan:
- Dikenakan denda
- Kereta ditahan
- Bayar kos perubatan dan pembaikan sendiri
- Masalah undang-undang yang serius
Apa Yang Dilindungi oleh Insurans Kereta Thailand
Insurans Thailand melindungi bahagian yang insurans Malaysia tak lindungi. Kebiasaannya ia meliputi:
- Kecederaan pihak ketiga
- Kerosakan harta pihak ketiga
- Perlindungan yang mematuhi undang-undang Thailand
- Sah digunakan di seluruh Thailand
- Diiktiraf oleh polis Thailand
Sesetengah pelan juga ada had perlindungan lebih tinggi atau pilihan tambahan, bergantung kepada penyedia.
Salah Faham Biasa Dalam Kalangan Pemandu Malaysia
“Dah bayar extension Thailand, maknanya dah fully covered.”
Tak betul. Extension biasanya hanya lindungi kereta korang sendiri.
“Insurans Thailand cuma perlu kalau kemalangan besar.”
Salah. Ia mandatori, walaupun untuk kemalangan kecil.
“Boleh beli insurans Thailand kat sempadan.”
Kadang-kadang boleh, tapi tak konsisten, beratur panjang, dan pelan sangat terhad.
Berapa Lama Perlu Ambil Insurans Thailand?
Tempoh insurans kereta Thailand biasanya fleksibel:
- 7 hari
- 14 hari
- 30 hari
Pilih tempoh yang meliputi keseluruhan perjalanan korang, termasuk lebihan hari untuk elak risiko.
Road trip rentas sempadan sepatutnya menyeronokkan, bukan membebankan. Insurans bukan pkara sampingan tapi perkara ni sebahagian daripada perancangan perjalanan, sama penting macam pasport dan dokumen kereta. Bila korang faham had perlindungan insurans Malaysia dan keperluan insurans Thailand, korang boleh elakkan kos tinggi dan masalah undang-undang yang tak dijangka.
Kalau korang mencari insurans kereta Thailand yang pantas, sah, dan dipercayai untuk kenderaan Malaysia, Drive2Thai adalah pilihan terbaik. Sebelum lepasi sempadan, pandu dengan yakin. Dapatkan perlindungan korang dengan kami!
