Borders2/2/2026

Cara Memandu Masuk ke Thailand Melalui Padang Besar: 4 Langkah Mudah

Cara Memandu Masuk ke Thailand Melalui Padang Besar: 4 Langkah Mudah

Padang Besar merupakan salah satu sempadan paling popular antara Malaysia dan Thailand, terutamanya untuk pelancong yang menuju ke Songkhla dan Hat Yai. Kebanyakan rakyat Malaysia akan memilih KTM/ETS ke Hat Yai kerana perjalanan hanya mengambil masa sekitar 1 jam setengah hingga 2 jam.

 Namun, kalau korang bercadang untuk memandu sendiri, artikel bawah ni akan tunjuk empat langkah untuk bantu korang menyeberang masuk ke Thailand daripada lokasi sempadan, waktu operasi, waktu puncak, sehinggalah urusan imigresen.

Ringkasan Sempadan

  • Lokasi: Padang Besar, Perlis, Malaysia
  • Waktu Operasi: 6.00AM – 10.00PM
  • Wilayah Thailand: Songkhla

 Waktu Puncak

Padang Besar merupakan antara sempadan paling sibuk, terutamanya untuk pelancong ke Hat Yai:

  • Jumaat petang
  • Sabtu pagi
  • Cuti sekolah
  • Cuti umum

Tip: Untuk pelepasan lebih cepat, masuk antara 6:00–8:00 pagi atau selepas 9:00 malam.


LANGKAH 1: Imigresen Malaysia (ICQS Padang Besar)

  • Beratur di lorong “Cars to Thailand”
  • Serahkan pasport untuk cop keluar (termasuk semua penumpang)
  • Teruskan pemanduan ke pemeriksaan Thailand

Nota: Biasanya proses ini cepat kecuali ketika waktu puncak.

 LANGKAH 2: Imigresen Thailand (Sadao / Dannok)

  • Pandu masuk ikut lorong mengikut jenis kenderaan
  • Pemandu dan penumpang perlu sediakan:
  • Borang TM2 
  • Borang TM3 
  • Pasport 
  • Salinan TDAC (Thailand Digital Arrival Card) 

Hantar TDAC lebih awal di:https://tdac.immigration.go.th

Caj Lebih Masa  (akan dikenakan selepas 5.00 petang & semasa cuti umum)

Kereta / MPV / Van

Pemandi: 25 THB (≈ RM3+)

Penumpang: 5 THB (≈ RM0.60+)

Motorsikal

Penunggang: 10 THB (≈ RM1.30)

Pembonceng: 3 THB (≈ RM0.40+)

LANGKAH 3: Kastam Thailand – Pengisytiharan Kenderaan

  • Parkir kenderaan di kawasan parkir yang disediakan oleh kastam
  • Buat pengisytiharan kenderaan dan sediakan dokumen berikut:
  • Geran kenderaan asal

(Salinan dibenarkan tetapi mesti disahkan oleh balai polis Padang Besar)

  • Pasport
  • Salinan insurans kenderaan Thailand (CI / VI)
  • Borang TM2 – Maklumat kenderaan
  • Borang TM3 – Permit sementara kenderaan

 Dokumen Tambahan (Jika Berkaitan)

Jika kenderaan bukan atas nama sendiri:

  • Surat kebenaran
  • Salinan IC pemilik kenderaan

Jika kenderaan syarikat:

  • Surat kebenaran syarikat (kepala surat)
  • Dokumen SSM halaman 9, 24 & 49

Nota: Kesemua dokumen di atas perlu disahkan oleh balai polis Padang Besar

 LANGKAH 4 (LANGKAH TERAKHIR): Kastam Thailand

  • Tunjukkan borang pengisytiharan kepada pegawai kastam


Padang Besar merupakan sempadan kedua paling sibuk antara Malaysia dan Thailand, jadi perancangan awal memang penting. Dengan Drive2Thai, korang boleh dapatkan insurans kenderaan Thailand (CI / VI) serta borang TM2 & TM3 secara online dan terus dihantar ke email jadi korang dah siap sebelum sampai di sempadan. Sebelum mulakan road trip ke Thailand dari Malaysia, jangan lupa semak dulu waktu operasi sempadan .

Kongsi:

Sebut Harga Percuma Insurans Kereta Malaysia & Perjalanan

Kami akan mengingatkan anda sebelum insurans kereta Malaysia anda tamat tempoh dan menyediakan sebut harga percuma. Kami juga menawarkan sebut harga percuma untuk insurans perjalanan!

WhatsApp