Borders2/2/2026

Cara Memandu Masuk ke Thailand Melalui Bukit Kayu Hitam: 4 Langkah Mudah

Cara Memandu Masuk ke Thailand Melalui Bukit Kayu Hitam: 4 Langkah Mudah

Memandu dari Malaysia ke Thailand melalui sempadan Bukit Kayu Hitam sebenarnya agak mudah jika korang tahu alurnya. Ini merupakan sempadan darat paling sibuk antara dua negara, terutamanya bagi pelancong yang menuju ke Hat Yai kerana jaraknya hanya sekitar 55 minit dari sempadan. Dengan persediaan yang betul, korang boleh jimat masa dan elakkan stres yang tak perlu.

Artikel di bawah ini akan tunjuk korang empat langkah ringkas untuk membantu korang menyeberang masuk ke Thailand dengan kenderaan sendiri melalui Bukit Kayu Hitam bermula dari lokasi, waktu operasi sempadan, waktu puncak, sehinggalah urusan imigresen.

Ringkasan Sempadan

  • Lokasi: Changlun / Bukit Kayu Hitam 
  • Waktu Operasi: 6.00AM – 12.00PM
  • Wilayah Thailand: Sadao District, Songkhla (Dannok)

Waktu Puncak

Sempadan ini paling sibuk terutamanya untuk pelancong ke Hat Yai (±55 minit):

  • Jumaat petang
  • Sabtu pagi
  • Cuti sekolah
  • Cuti umum

Tip: Untuk pelepasan lebih cepat, masuk antara 6:00–8:00 pagi atau selepas 9:00 malam.


LANGKAH 1: Imigresen Malaysia (CIQ Bukit Kayu Hitam)

  • Beratur di lorong “Cars to Thailand”
  • Serahkan pasport untuk cop keluar
  • Pandu ke pemeriksaan Thailand

Nota: Biasanya proses ini cepat kecuali ketika waktu puncak.

LANGKAH 2: Imigresen Thailand (Sadao / Dannok)

  • Ikut lorong mengikut jenis kenderaan
  • Pemandu dan penumpang perlu sediakan:
  • Borang TM2 
  • Borang TM3 
  • Passpot 
  • TDAC (Thailand Digital Arrival Card) copy

Hantar TDAC lebih awal di:https://tdac.immigration.go.th

Caj Lebih Masa  (akan dikenakan selepas 5.00 petang & semasa cuti umum)

Kereta / MPV / Van

Pemandi: 25 THB (≈ RM3+)

Penumpang: 5 THB (≈ RM0.60+)

Motorsikal

Penunggang: 10 THB (≈ RM1.30)

Pembonceng: 3 THB (≈ RM0.40+)

LANGKAH 3: Kastam Thailand – Pengisytiharan Kenderaan

  • Parkir kenderaan di kawasan yang disediakan dan ambil nombor giliran
  • When declaring your vehicle, present these documents.
  • Buat pengisytiharan kenderaan dengan dokumen berikut:
  • Geran kenderaan asal
  • Pasport
  • Salinan insurans kenderaan Thailand (CI / VI)

Dokumen Tambahan (Jika Berkaitan)

Jika kenderaan bukan atas nama sendiri:

  • Surat kebenaran
  • Salinan IC pemilik kenderaan

Jika kenderaan syarikat:

  • Surat kebenaran syarikat (kepala surat)
  • Dokumen SSM halaman 9, 24 & 49

LANGKAH 4 (LANGKAH TERAKHIR): Kastam Thailand

  • Tunjukkan borang pengisytiharan kepada pegawai kastam


Merancang awal memang penting bila nak masuk Thailand. Dengan Drive2Thai, korang boleh dapatkan insurans kenderaan Thailand (CI / VI) serta borang TM2 & TM3 secara online dan terus dihantar ke email jadi korang dah siap sebelum sampai di sempadan. Sebelum mulakan road trip ke Thailand dari Malaysia, jangan lupa semak dulu waktu operasi sempadan.

 

Kongsi:

Sebut Harga Percuma Insurans Kereta Malaysia & Perjalanan

Kami akan mengingatkan anda sebelum insurans kereta Malaysia anda tamat tempoh dan menyediakan sebut harga percuma. Kami juga menawarkan sebut harga percuma untuk insurans perjalanan!

WhatsApp