Perjalanan ke Thailand menggunakan kenderaan sama ada kereta, van atau motosikal memang sangat biasa bagi rakyat Malaysia, terutamanya melalui sempadan utara di Kedah dan Perlis. Kalau ini kali pertama korang nak masuk Thailand melalui darat, jangan risau. Nampak macam rumit, tapi sebenarnya mudah kalau ikut langkah yang betul. Jom saya terangkan satu persatu secara terperinci.
Berikut adalah pintu masuk darat yang paling popular:
- Bukit Kayu Hitam – Sadao (Paling popular; paling sibuk)
- Padang Besar (Kereta, motosikal & pengguna tren)
- Wang Kelian (Pemandangan cantik, lebih tenang pada hari biasa)
- Pengkalan Hulu – Betong (Akses dari Perak)
Tip: Hujung minggu panjang = barisan panjang. Datang awal untuk elakkan kesesakan.
Langkah 1: Sediakan Dokumen Diperlukan
Sebelum menuju ke sempadan, pastikan korang bawa semua dokumen asal berserta salinan (untuk berjaga-jaga). Berikut adalah dokumen yang perlu dikemukakan semasa pemeriksaan.
1. Jika memandu kenderaan sendiri, dokumen yang perlu dibawa:
- Passport (sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan)
- Kad ketibaan / pendaftaran digital (TDAC) jika diperlukan
- Geran Kenderaan / VOC (Salinan asal)
- Thailand Compulsory Insurance (CI)
- Borang TM2 & TM3 (Borang pengisytiharan kenderaan)
Ambil perhatian: Salinan fotostat VOC biasanya ditolak. Sila bawa dokumen asal.
2. Bagaimana pula jika kenderaan bukan atas nama korang?
Korang perlu sediakan surat kebenaran ringkas daripada pemilik kenderaan yang menyatakan:
- Pemilik membenarkan kenderaan dibawa masuk ke Thailand
- Nama penuh korang & nombor IC/passport
- Maklumat kenderaan (nombor plat & model)
- Tarikh perjalanan
- Lampirkan juga salinan IC / Passport pemilik bersama surat kebenaran tersebut. Pastikan surat ditandatangani oleh pemilik dan dicetak.
Langkah 2: Proses Keluar Malaysia
Korang akan berhenti di Imigresen Malaysia untuk cop keluar passport. Kenderaan mungkin diperiksa secara ringkas. Biasanya proses ini cepat kecuali ketika musim puncak.
Langkah 3: Proses Imigresen & Kastam Thailand
Selepas memasuki Thailand dan selesai cop keluar dari Malaysia, korang akan melalui beberapa kaunter di pihak Thailand:
- Kaunter Imigresen Thailand -Passport dicop masuk.
- Kaunter Kastam / Pengangkutan - Serahkan borang TM2 & TM3
- Tunjuk Insurans Thailand - Tunjukkan sijil polisi insurans CI/VI
- Pemeriksaan Kenderaan - Pemeriksaan ringkas, biasanya sangat cepat
Jika semua dokumen lengkap, keseluruhan proses biasanya mengambil masa 10–20 minit.
Dokumen tidak lengkap boleh menyebabkan kelewatan atau ditolak masuk.
Langkah 5: Selepas Masuk Thailand
Selepas selesai urusan dan memasuki Thailand, simpan borang TM2/TM3 serta salinan insurans dalam kenderaan dan patuhi peraturan jalan raya Thailand:
- Memandu di sebelah kiri
- Digalakkan pasang lampu ketika hujan
- Patuh had laju – kamera perangkap laju sangat biasa
Sebelum melintasi sempadan, pastikan Thailand Compulsory Insurance (CI) dan borang TM2/TM3 sudah siap.
Dengan Drive2Thai, korang boleh dapatkan insurans motor Thailand secara online dalam masa beberapa minit sahaja kelulusan pantas, dokumen segera, dan perlindungan sedia sempadan bermula serendah RM25.
Travel dengan persediaan lengkap. Pandu dengan yakin. Pandu bersama Drive2Thai.
